CPU ( Central Processing Unit )



Fungsi dan Kepentingan

Telah diciptakan pelbagai pemproses untuk meningkatkan tahap komputer. Dimulai dengan 286, 286/386sx, 386dx, 486dx/sx, Pentium, Pentium II dan sekarang yang terbaru ialah Pentium III. Setiap pemproses mempunyai perbezaan nombor pada penyambungan pada pin pemproses tetapi tidak selalunya terang atau nampak akan bilangan pin tersebut.

CPU adalah otak bagi komputer

• Ia juga sebagai enjin kepada komputer.
• Berfungsi sebagai mengawal keseluruhan operasi komputer dan kehandalan sesebuah komputer yang diukur daripada kecekapan unit ini untuk mengendalikan sesuaatu tugas.
• CPU mengandungi bahagian-bahagian seperti berikut :
I. Unit Kawalan (Control Unit) - Mentafsirkan arahan yang telah dimasukkan kedalam komputer dan mengarah cara pemprosesannya.
II. Unit Aritmetik Logic (ALU) - Membuat operasi matematik dan perbandingan logic.
III. Daftar Khas (Registers) - Digunakan untuk menyampaikan keputusan secara sementara dan mengawal sebahagian maklumat-maklumat.