Motherboard



Fungsi dan Kepentingan

Papan induk atau motherboard berfungsi sebagai jantung bagi sesebuah komputer. Ia merupakan papan litar yang besar dan terletak di bahagian bawah casis bagi pengguna yang menggunakan desktop casing dan terletak menegak bagi pengguna yang menggunakan tower casing. Papan induk ini diperbuat daripada kepingan kaca serat yang berwarna hijau dan di atasnya pula dipenuhi dengan cip, perintang, kapasitor dan juga litar-litar elektronik. Secara umumnya kita boleh menganggap bahawa papan induk merupakan tempat bergantungnya segala komponen bagi sebuah komputer.

Papan induk ini berbeza dari segi dan juga rekabentuknya. Ada 3 jenis papan induk iaitu:

Saiz Penuh : Bersaiz besar yang menempatkan penyambung-penyambung. Litar-litarnya terletak pada papan penyesuai.

Saiz Setengah : Ianya lebih padat tetapi memerlukan juga kad-kad pengawal monitor, cakera keras, pemacu cakera dan lain-lain.

Bus Tempatan : Ianya sangat padat dengan kesemuanya dipasangkan diatas papan induk.