
Fungsi dan Kepentingan
RAM terdiri daripada pelbagai jenis yang berlainan fungsi dan keupayaannya. Sehingga kini singkatan istilah RAM telah di tokok tambah dengan beberapa huruf tertentu dihadapannya sehingga muncul senarai singkatan seperti DRAM, VRAM, SRAM, SDRAM, serta WRAM.
CPU komputer peribadi boleh diumpamakan sebagai jantung kepada komputer di mana data akan diproses dan arahan program ditafsirkan. Komponen yang berintegrasi dengan CPU pula adalah sistem ingatan utama yang lebih dikenali sebagai RAM. Kedua-dua komponen ini menjadi teras komputer manakala komputer lain hanyalah pelengkap kepada aktiviti pusat. Ia merupakan istilah menyeluruh bagi semua ingatan yang boleh dibaca atau ditulis secara tidak sehala. RAM berlainan ROM kerana komputer hanya boleh membaca pada ROM tetapi boleh membaca dan menulis pada RAM.