
Fungi dan Kepentingan
Ia adalah unit bekalan kuasa yang membekalkan kuasa kepada semua peralatan dan juga bahagian komputer. Bekalan kuasa ini menukarkan arus ulang-alik (AC) kepada arus terus (DC) bervoltan rendah yang digunakan oleh komputer. Ia dapat memanjangkan jangka hayat sistem.
Pembekal kuasa amat mudah dikesan dengan hanya melihat pada metal casing di sekelilingnya. Ini untuk menghindarkan daripada stray magnetic dan untuk melindung daripada terkena kejutan semasa membuka bahagian atas pembekal kuasa sementara menghidupkan pembekal kuasa boleh menyebabkan kecederaan sekira tersentuh di tempat yang salah. Kegunaannya adalah untuk menukarkan arus ulang alik daripada sumber bekalan elektrik awam kepada arus terus kerana komputer hanya berfungsi dengan menggunakan arus terus di mana arus ulang alik sentiasa berubah manakala arus terus pula adalah tetap.