Harddisk ( Cakera Keras )



Fungsi dan Kepentingan

Cakera keras adalah media storan utama sebuah komputer. Merupakan tempat di mana semua keterangan tentang data-data di simpan dan juga di terima. Cakera keras berbeza dari memori di mana cakera keras menyimpan sesuatu data secara kekal. Ingatan cakera keras tidak akan terpadam dengan mematikan komputer.Faktor ukuran adalah kelajuan (dalam unit rpm), kapasiti (dalam unit Mb/Gb/Tb) dan protokol ATA (ATA-33/ATA-66/ATA-100). Ada dua jenis cakera keras iaitu IDE dan SCSI. Ia selalunya terletak di sebelah pada cakera liut. Pada masa sekarang kapasiti yang terkandung di dalam cakera keras semakin besar muatannya untuk kegunaan komputer. Selain itu ia bertujuan untuk menampung pemacu cakera keras dan juga pemacu cakera liut (disket) sedia ada yang terhad. Penggunaan cakera keras bermuatan besar, storan luaran atau storan tambahan memang rasional jika ingin memenuhi keperluan semasa yang semakin mendesak.